Saturday, January 15, 2011

Peringkat Cinta

PERINGKAT PERTAMA
(TATAYYUM)
Ini peringkat cinta yg paling tinggi sekali.Cinta ini hanya hak  ALLAH semata-mata....
ALLAH adalah paling utama dan cinta kepadanya harus diletakkan di tempat yang pertama sekali dan bukanlah di tempat kedua atau ketiga..

PERINGKAT KEDUA
( 'ISYK )
Cinta peringkat ini merupakan hak Baginda RASULLUWAH.
Cinta ini melahirkan rasa hormat,patuh,ingin menggikuti baginda dan bangga melaksanakan sunnah baginda.......

PERINGKAT KETIGA
( SYAUQ )
Cinta ini adalah cinta antara mukmin dengan mukmin yang lain...
Cinta ini berlaku antara suami dgn isteri,ibu bapa dgn anak-anak yang membuahkan rasa mawaddah wa rahmah.Cinta yang mekar ini memberikan rasa ketenteraman jiwa dan ketenangan hati....

PERINGKAT KEEMPAT
( SHABABAH )
Cinta ini adalah cinta sesama Muslim yang melahirkan ukhwah Islamiah...
Cinta ini menuntut sebuah kesabaran untuk menerima perbezaan terhadap muslim yang lain.....Misalnya kita dilahirkan dalam pelbagai keturunan,bangsa dan dilahirkan di tempat yang berbeza.Namun apa yang pasti kita adalah umat Muhammad dan kita mencintai sesama ISLAM walaupun kita bukan dari keturunan atau bangsa yang sama....

PERINGKAT KELIMA
( 'ITHF )
Cinta ini adalah lahir dari sifat simpati kepada sesama manusia....
Cinta ini akan dirasai apabila rasa  nilai kemanusiaan kita tersentuh....Misalnya kita tersentuh apabila melihat saudara-saudara ISLAM kita diseksa,dibunuh dan sebagainya...
Cinta ini membuatkan kita menitiskan air mata dan inilah bentuk simpati yang muncul dari hati yang paling dalam....

PERINGKAT KEENAM
( INTIFA' )
Cinta ini adalah rasa cinta terhadap pelbagai perkara selain manusia....
Cinta ini merupakan tahap cinta yang paling bawah...Misalnya rasa cinta manusia terhadap harta...
Cinta jenis ini boleh melalaikan manusia...

No comments:

Post a Comment