Monday, February 7, 2011

berdoalah manusia padaNya....Ya Allah

Bacaan untuk menolak gangguan syaitan



Maksudnya:

Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.

Zikir pagi dan petang


"Segala puji bagi Allah, Tuhan Yang Esa dan selawat serta salam ke atas Nabi yang tidak ada lagi nabi selepasnya"

Doa harian dan Pengertian doa

Di dalam kesibukan menjalankan pekerjaan harian, kita kadangkala terasa payah melakukan sesuatu. Bagaimanapun, kita selalu terlupa Allah subhana wa ta'ala berada di samping kita dan telah berjanji akan memudahkan hidup kita jika kita memintanya. Di dalam surah Al-Mukmin ayat 60, Allah menjelaskan:


Berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahannam dalam keadaan hina dina!

Doa Harian ini adalah himpunan doa-doa yang mudah tetapi penting di dalam pekerjaan dan amalan seharian kita, sebagaimana yang pernah dilazimkan oleh Nabi Muhammad s.a.w semasa hayat baginda.


Oleh kerana semua bacaan doa dan zikir tersebut dalam Bahasa Arab, maka disarankan kepada pembaca agar mempelajari bacaan teks doa atau zikir
daripada orang yang boleh atau memahami bahasa arab agar setiap kalimat yang dibaca betul dari segi bacaan dan maknanya kerana apabila bacaan berubah, maka ertinya juga akan berubah. Kalimat bahasa arab juga adakalanya tidak dapat diterjemahkan ertinya dengan sepenuhnya kerana Nabi Muhammad s.a.w telah diberi kelebihan oleh Allah dengan "Jawami Al-Kalim" iaitu ucapan yang panjang dan mendalam. Adapun terjemahan setiap doa dan zikir hanyalah sebagai bantuan untuk memahami erti setiap bacaan agar menambahkan rasa khusyuk sewaktu membacanya.

Doa dalam bahasa arab, berasal dari kata ( دَعَا - يَدْعُو - دَعْوَة ) yang bererti, memanggil, memohon atau meminta. Orang yang berdoa ertinya orang yang mengajukan permohonan kepada Allah tentang kebaikan diri, keluarga dan harta benda,urusan dunia, agama dan akhirat. Meminta turunnya rahmat dan terhindar dari bencana.

Di dalam Al-Quran kata-kata doa banyak kita temukan dalam beberapa ayat dan surah, mempunyai beberapa erti yang berbeza kandungan dan makna dari ayat-ayatnya dengan perbezaan susunan kalimat-kalimatnya pula.
Umpamanya:


a. Doa yang bererti ibadah atau menyembah. Sebagaimana firman Allah:

Dan jangan kamu berdoa (menyembah) selain Allah, sesuatu yang tidak memberi manfaat dan mudharat kepadamu...
(Surah Yunus ayat 106)
b. Doa yang bererti Istighathah (meminta tolong). Seperti Firman Allah:
...dan minta tolonglah kepada saksi-saksimu (sekutu-sekutumu) selain Allah jika kamu orang-orang yang benar.
(Surah Al-Baqarah ayat 23)
c. Doa yang bererti As-Sual (memohon), Seperti Firman Allah:
...mintalah kepadaKu, akan Ku perkenankan pintamu...
(Surah Al-Mukmin ayat 60)
d. Doa yang bererti An-Nidaa' (panggilan). Seperti Firman Allah:
Iaitu pada hari DIa memanggil kamu...
(Surah Al-Isra' ayat 52)
e. Doa yang bererti Ath-Thana' (pujian). Seperti Firman Allah:
Katakanlah Pujilah Allah atau Pujilah Ar-Rahman...
(Surah Al-Isra' ayat 110)
f. Doa yang bererti Al-Qaul (ucapan). Seperti Firman Allah:
Ucapan mereka di dalamnya ialah: Maha Suci Ya Allah...
(Surah Yunus ayat 10)
 

contoh-contoh laki dayus

jauhkan diriku dari perkataan  lelaki DAYUS....

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?


Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.

2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.

3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.

4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.

6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.

8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.

9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktoraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.

12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.

13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.

14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.

Perhiasan Muslimah

A : yaka wana lembut x menarik perhatian??? saya ne lelaki dan saya rasa wana lembut tu menarik perhatian sangat di tambah wajah yang ayu lagi
B: Sebab itulah lelaki kena menundukkan pandangan. Kalau muslimah yang memakai pakaian hitam pun masih boleh menarik perhatian orang lelaki, pakaian yang yang berwarna lembut tetap boleh menarik perhatian orang lelaki. Tundukkanlah pandanganmu, wahai kaum muslimin. Kita sebagai muslimah sudah memelihara aurat kita, dan ada banyak dalam kalangan kita yang sedang berusaha ke arah kebaikan juga. Marilah kita semua bermuhasabah diri... Wassalam... Wallahua'lam bis sowab...
A: bukanlah saya nak lihat..saya hanya kongsi apa yang lelaki rasa...klu tanya perempuan mana dia tau apa macam mana lelaki rasa...saya kongsi di sini supaya muslimah boleh buat perubahan...kalau saya nak tengok baik saya tak bagitau ALLAH KNOWS THE BEST
Tidakkah wanita memerhatikan sabdaan Nabi yang berikut ini:-
Hazrat Hasan Basari ra memberitahu bahawa dia telah mendengar Rasulullah saw bersabda,”Allah melaknati orang yang memandang kepada seseorang wanita asing dan juga seseorang yang dipandang itu.”(mishkat)
yang di pandang dilaknat dan yang memandang. Kenapa dipandang dilaknat?sebab mereka menarik perhatian sehingga dipandang dengan pandangan haram seperti tidak berkedip mata melihat wanita tersebut dan dengan nafsu. jadi kalau orang bagitau janganlah berhias kamu ne menarik perhatian saya, maka janganlah pula jawab kamu tundukkanlah pandangan dari saya sebab dua-dua akan kena laknat. so terimalah nasihat, sebab orang tu pun taknak kamu kena laknat dan dirinya sendiri.

PERHIASAN MUSLIMAH

Aisyah ra. Meriwayatkan bahwa suatu ketika seorang wanita dari suku Muzainah datang menghadap Rasulullah saw. di dalam masjid. Ia memakai pakaian dengan gaya terbaru dan berjalan berlenggak-lenggok. Rasulullah saw. bersabda kepada Majelis, “Wahai manusia, hentikanlah kaum wanitamu dari memakai pakaian dengan gaya terbaru dan berjalan dengan berlenggak-lenggok, karena Bani Israil telah dilaknat karena kaum wanita mereka menghiasi diri mereka dan datang ke masjid sambil berjalan berlenggak-lenggok.”(Hr. Ibnu Majah)
Urwah ra. Meriwayatkan perkataan Aisyah ra. Sebagai berikut, “Wanita-wanita Bani Israil membuat sandal yang terbuat dari kayu yang mereka pakai ke tempat-tempat ibadah mereka, dan mereka senantiasa menarik perhatian laki-laki, oleh kerana itu Allah melarang mereka pergi ke sinagog (tempat ibadah orang yahudi).”(musnad Abdur Razzaq)
Imam Dzahabi dalam kitab al kabair mengatakan, “Di antara perbuatan yang menyebabkan wanita mendapat laknat ialah: menampakkan perhiasan, emas, dan mutiara yang berada di bawah niqab (cadar) nya; memakai wewangian seperti misik, anbar, dan tibb; apabila keluar rumah, memakai berbagai kain celupan; memakai pakaian sutera; memanjangkan baju, dan melebarkan serta memanjangkan lengannya. Semua ini termasuk tabarruj yang dimurkai Allah swt. Dan pelakunya dimurkai di dunia maupun diakhirat.(Hijab, az zawaajir)
Imam Jassas menafsirkan ayat(*an-nur : 31) ini sebagai berikut :
“jika Allah mengkategorikan bunyi suara perhiasan yang dipakai wanita sebagai symbol kecantikannya, maka diharamkan bagi wanita memakai pakaian luar yang berwarna cerah dan penuh corak(misalnya jilbab atau purdah yang mencolok ketika ia sedang berada di antara lelaki yang bukan mahram.”(hijab)

Yang terbaik bagi wanita sebagaimana dalam kitab al-hijab :
1. Wanita tetap tinggal di rumah-rumah mereka.
“tidak diperbolehkan bagi wanita keluar rumah, kecuali untuk suatu keperluan yang memaksa.”(Hr. Tabrani)
2. Kalau Keluar rumah kena berhijab.
Tidakkah orang yang meletakkan gambar di facebook, twitter dan laman2 sosial macam orang keluar rumah 24 jam, jasad dirumah tapi boleh dilihat 24 jam oleh sesiapa sahaja?...hanya cetusan minda untuk kita berfikir...

cintai kata-kata Allah s.w.t

Matlamat sebuah kehidupan

Firman-Nya : قُلْ إِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ Yang Bermaksud : “Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Al Baqarah : 269

He giveth wisdom unto whom He will, and he unto whom wisdom is given, he truly hath received abundant good. But none remember except men of understanding. (269)

Al Fatihah

Al baqarah : 255

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (255)

46-Al-Ahqaf (juz 26)

And We have commended unto man kindness toward parents. His mother beareth him with reluctance, and bringeth him forth with reluctance, and the bearing of him and the weaning of him is thirty months, till, when he attaineth full strength and reacheth forty years, he saith: My Lord! Arouse me that I may give thanks for the favour wherewith Thou hast favoured me and my parents, and that I may do right acceptable unto Thee. And be gracious unto me in the matter of my seed. Lo! I have turned unto Thee repentant, and lo! I am of those who surrender (unto Thee). (15)

Al Baqarah

Allah tasketh not a soul beyond its scope. For it (is only) that which it hath earned, and against it (only) that which it hath deserved. Our Lord! Condemn us not if we forget, or miss the mark! Our Lord! Lay not on us such a burden as thou didst lay on those before us! Our Lord! Impose not on us that which we have not the strength to bear! Pardon us, absolve us and have mercy on us, Thou, our Protector, and give us victory over the disbelieving folk. (286)

سُوۡرَةُ یُوسُف

۞ رَبِّ قَدۡ ءَاتَيۡتَنِى مِنَ ٱلۡمُلۡكِ وَعَلَّمۡتَنِى مِن تَأۡوِيلِ ٱلۡأَحَادِيثِ‌ۚ فَاطِرَ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ أَنتَ وَلِىِّۦ فِى ٱلدُّنۡيَا وَٱلۡأَخِرَةِ‌ۖ تَوَفَّنِى مُسۡلِمً۬ا وَأَلۡحِقۡنِى بِٱلصَّـٰلِحِينَ “Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang soleh”. (101)